(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna &
Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka
Ilmi).
1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam,
lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat
mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2.
"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,
maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa
& gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila
dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai
daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih
serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan
sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala
perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &
kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan
sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita
akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki
dll.
6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah
jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga
badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!"
apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga &
segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala
macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila
dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran
& hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!"
apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita
akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya
Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua
musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11.
"Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan
mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya Khaliq!" dibaca
mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak
cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan
otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya Baarii'!"
sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca
sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan
terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya
Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai
anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari
Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air
& dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air
tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara
yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada
waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan
dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf
(diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x
sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan
dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau
sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan &
kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita
akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir
sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam
kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa
pun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan
sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan
dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang
tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19.
"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh,
InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima
nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap
kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang
sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka
dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala
bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau
mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan
memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan
menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x
setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah
segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh
itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap
hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta
benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat &
terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140
x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar
terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!"
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang
kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan
sedar & membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!"
Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam,
biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi
sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. "Ya
Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah
akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan
taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" dizikirkan
sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat
membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu
kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!"
dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu,
InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!"
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi
para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi
laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir
ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai
dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan
teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya
Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka
yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja,
InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau
diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan
sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit,
InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan
pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah
akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35.
"Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan
zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak
mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36.
"Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai
pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan
dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang
penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak
anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam
bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin
& diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si
anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah
mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah
dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini
sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai
pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau
hajat).
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri
kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila
kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita
berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di
mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka
perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat &
segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk
memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini
sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib,
InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42.
"Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam
yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang
mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai,
maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat &
begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk
mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat
kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur.
Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44.
"Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan
barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan
niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang
jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun
gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
InsyaAllah....
45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat
yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu
diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah
solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya
Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x
setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang
berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah
Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47.
"Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir
ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar
didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah
sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan
zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan
menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga
kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. "Ya
Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga
sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua
keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan
kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua
anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai
ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan
meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada
dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di
kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya,
maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si
pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"!
Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk
menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53.
"Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau
terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54.
"Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar
apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si
zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin
kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk
mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56.
"Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan,
maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana
dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58.
"Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam
pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan
zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
60.
"Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan
sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat.
InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!" amalkan
zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan
kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan
didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64.
"Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin
memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap
manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang
terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x
setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,
Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai
berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh &
teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!"
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini
setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai
cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini
sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu
bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin &
Khamis, Insya Allah...
68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan
akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan
zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar &
sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun
ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari,
Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar
tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara
lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga
ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan
keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad
bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan
zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala
usahanya akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73.
"Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x
setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan
Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah
solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu
rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini
sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat),
nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik
& sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77.
"Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya
dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan
zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa
dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk
ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.
InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat
yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita
hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang
yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali
ke jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan
dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya
terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap
kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan
Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83.
"Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman
atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu
samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!"
Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal &
tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini
sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama
sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul
Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari
selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan
pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini
mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil
kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada
dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat
semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang
lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya
Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan
yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!"
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat
kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat
kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu
mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh
setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim
& suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat
berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang
mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92.
"Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan
zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh,
& bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin
Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi,
barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa
yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak,
maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi &
petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke
suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon
petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan
diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95.
"Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting &
bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka
berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu.
InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita
berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir
ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan
ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan
mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat
zikir ini.
97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500
x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu
berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir
ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi
petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik &
memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong
didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak
mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99.
"Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal,
maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar
& penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan
mencapai kejayaan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar